Khamis, 19 April 2012

HIMPUNAN MUTIARA KATA TERBAIK

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu,Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab

" Andai diumpamakan islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk tempat bagi mencari jiwa-jiwa muda,aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku membina kembali bangunan using itu menjadi bangunan yang tersergam indah...[imam Hassan al-banna]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.