Jumaat, 18 Februari 2011

kauLah SaHabatKu


sejuta rangkaian kata, terwujudnya bagai memori untuk seorang sahabat yang setia mengisi hati dan hari..

Kaulah sahabatku sepanjang masa... menemani aku dalam perjuangan suci. Bersyukur ke hadrat ilahi, teman yang kucari selama ini. kuharap dengar hadirnya rakan sejati bertambah kuat semangatku untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.

Sahabat itu adalah orang yang memiliki sifat yang penyayang dan bertanggungjawab dalam hubungan persahabatannya. Dia tidak akan sesekali mengajar dan mengajak rakannya ke arah kejahilan, malah dia akan memimpin ke arah keredhaan ALLAH seperti menasihati apabila sahabatnya hampir ke jalan yang dimurkai ALLAH, memupuk iman dalam ukhuwah persahabatan dan bersedia memimpin sahabatnya bersama-sama ke syurga ALLAH.

wahai sahabatku... kuharapkan jalinan ini terus hingga ke syurga. insyallah... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.