Khamis, 17 Februari 2011

UsaH mEngeLuH wAhai MaNusiA


Saudaraku... teman-temanku... sahabat2ku.. usah mengeluh apabila menerima seruan dari ilahi, sebagai hambaNYA, perlulah bersegera menunaikan seruanNYA.. mengeluh bukannya tanda bersyukur diatas apa yang telah kita dapat..begitu besar nikmat Allah berikan... sejauh mana kita patuh pada Allah???

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah, perlu kita ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah turunkan, ada kebaikan akhirnya. Cuma, mahu tidak mahu sahaja untuk kita berfikir.

Allah sebenarnya ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah ingin memberitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurgaNya. Apabila ujian datang menimpa, kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu.

Saudaraku... teman-temanku... alangkah lenanya kita selama ini. Sungguh alpa kita dewasa ini. Tidak boleh dinafikan, MANJA sungguh kita. Saya akui, saya juga sama. Ya Allah, syukur. Allah beri dugaan, untuk menguatkan semula hati kita, Allah beri dugaan, kerana SAYANG-NYA pada kita. Tegakkanlah semangat kita bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh Kaabah waktu diserang Abrahah! Kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia mengetawakan keputusanmu! Move on!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.