Khamis, 17 Februari 2011

7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T

Kita mesti lahirkan diri kita antara golongan yang bakal dibayangi oleh 'Arasy Allah S.W.T pada hari akhirat nanti sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :-
1) pemimpin yang adil di mana kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil dalam bertindak mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak,maka rakyat bawahan pun ramai yang mengikut jejak langkahnya dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

2) seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid di mana berusaha menghidupkan masjid dengan ibadat wajib ataupun sunat dan menjadikan aktiviti dimasjid sebagai yang utama.

3) 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.Tdi mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman.

4) seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah.

5) seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya di mana umat Islam sentiasa dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada orang yang lebih memerlukannya melalui zakat. Apabila diri sentiasa dilatih dengan perkara yang wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat dengan penuh keikhlasan. Sedekah jenis inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana ia bakal menguatkan kembali kesatuan umat Islam dan ekonomi.

6) pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T di mana golongan ini mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan kerosakan yang berlaku. Jika sembahyang sebagai tiang agama diabaikan bagaimana negara mahu melahirkan warganegara yang soleh. Ingatlah bahawa solat 5 waktu tidak boleh ditinggal.

7) seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya di mana umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak cergas seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat hubungannya dengan Allah S.W.T terutama waktu malam. Golongan inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh Allah S.W.T. Ingatlah bahawa persediaan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung kepada kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan perhubungan umat Islam dengan Allah S.W.T yang membolehkan datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.

DIMANAKAH KITA??? ADAKAH KITA SALAH SEORANG YANG DINYATAKAN?? TEPUKK DADA TANYALAH IMAN,......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.