Sabtu, 19 Februari 2011

DimaNakaH kita??


"ummati..ummati..ummati "perkataan yg pnh terkeluar dari bibir rasulullah s.a.w sewaktu hampir wafat. kita mengakui umat Nabi Muhammad s.a.w, tetapi hanya mengakui dengan lidah ataupun islam hanya dalam mykad yang tertulis "ISLAM"

Dimanakah kita?? apabila ISLAM dihina?? dicela oleh golongan yg tertentu... adakah kita dayus wahai umat muslimin.. perjuangan kita belum selesai lagi... selagi nyawa berada di halkum... sampaikan,sebarkan walaupun sepatah kalimah ALLAH...

selaku khalifah dimuka bumi...apabila nelayan tidak buat usaha pergi ke laut... atau apabila petani tidak berusaha bercucuk tanam... dimana akan perolehi tanaman yang subur?? diman nak dapat ikan..? bergitu jugak diri kita ...kalau x usahakan untuk peroleh iman yang sempurna... sesungguhnya USAHA TANGGA KERJAYAAN dimana shj,...xkira dari segi ape... yang tertentukan atas kehendak ALLAH s.w.t...


Jumaat, 18 Februari 2011

kauLah SaHabatKu


sejuta rangkaian kata, terwujudnya bagai memori untuk seorang sahabat yang setia mengisi hati dan hari..

Kaulah sahabatku sepanjang masa... menemani aku dalam perjuangan suci. Bersyukur ke hadrat ilahi, teman yang kucari selama ini. kuharap dengar hadirnya rakan sejati bertambah kuat semangatku untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.

Sahabat itu adalah orang yang memiliki sifat yang penyayang dan bertanggungjawab dalam hubungan persahabatannya. Dia tidak akan sesekali mengajar dan mengajak rakannya ke arah kejahilan, malah dia akan memimpin ke arah keredhaan ALLAH seperti menasihati apabila sahabatnya hampir ke jalan yang dimurkai ALLAH, memupuk iman dalam ukhuwah persahabatan dan bersedia memimpin sahabatnya bersama-sama ke syurga ALLAH.

wahai sahabatku... kuharapkan jalinan ini terus hingga ke syurga. insyallah... :)

Khamis, 17 Februari 2011

UsaH mEngeLuH wAhai MaNusiA


Saudaraku... teman-temanku... sahabat2ku.. usah mengeluh apabila menerima seruan dari ilahi, sebagai hambaNYA, perlulah bersegera menunaikan seruanNYA.. mengeluh bukannya tanda bersyukur diatas apa yang telah kita dapat..begitu besar nikmat Allah berikan... sejauh mana kita patuh pada Allah???

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah, perlu kita ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah turunkan, ada kebaikan akhirnya. Cuma, mahu tidak mahu sahaja untuk kita berfikir.

Allah sebenarnya ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah ingin memberitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurgaNya. Apabila ujian datang menimpa, kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu.

Saudaraku... teman-temanku... alangkah lenanya kita selama ini. Sungguh alpa kita dewasa ini. Tidak boleh dinafikan, MANJA sungguh kita. Saya akui, saya juga sama. Ya Allah, syukur. Allah beri dugaan, untuk menguatkan semula hati kita, Allah beri dugaan, kerana SAYANG-NYA pada kita. Tegakkanlah semangat kita bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh Kaabah waktu diserang Abrahah! Kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia mengetawakan keputusanmu! Move on!

Doa mengelak daripada sifat malas dan pengecut.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَمِّ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا.

Maksudny: “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya.” (Riwayat Muslim no. 7081)

(Petikan Doa, Zikir & Doa yang Didengari Allah, Ustaz Hj. Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.)


PERINGATAN BUAT DIRIKU SENDIRI


MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya ,MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunnahnya, MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN ,MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU ,MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA. MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu.....peringtan buat diri dan semua sahabat skeliaN

Jadikanlah ALLAH kekasihmu,
AL-QURAN surat cintamu,
SOLAT telefonmu untuk berbicara,
ZIKIR kerinduanmu,
dan MATI adalah dating pertama dengan kekasihmu.


Alhamdulillah....sujudku insaf pada Mu Ya Rahim
peringatanMu pantas kembalikan aku
di dataran nyata
Bahawa...
nikmatMu... untukku syukuri
terciptanya aku sebagai pengabdi padaMu
maka Ya Rabb peliharalah HamBaMu iNi yang lemah....

7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T

Kita mesti lahirkan diri kita antara golongan yang bakal dibayangi oleh 'Arasy Allah S.W.T pada hari akhirat nanti sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :-
1) pemimpin yang adil di mana kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil dalam bertindak mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak,maka rakyat bawahan pun ramai yang mengikut jejak langkahnya dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

2) seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid di mana berusaha menghidupkan masjid dengan ibadat wajib ataupun sunat dan menjadikan aktiviti dimasjid sebagai yang utama.

3) 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.Tdi mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman.

4) seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah.

5) seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya di mana umat Islam sentiasa dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada orang yang lebih memerlukannya melalui zakat. Apabila diri sentiasa dilatih dengan perkara yang wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat dengan penuh keikhlasan. Sedekah jenis inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana ia bakal menguatkan kembali kesatuan umat Islam dan ekonomi.

6) pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T di mana golongan ini mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan kerosakan yang berlaku. Jika sembahyang sebagai tiang agama diabaikan bagaimana negara mahu melahirkan warganegara yang soleh. Ingatlah bahawa solat 5 waktu tidak boleh ditinggal.

7) seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya di mana umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak cergas seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat hubungannya dengan Allah S.W.T terutama waktu malam. Golongan inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh Allah S.W.T. Ingatlah bahawa persediaan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung kepada kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan perhubungan umat Islam dengan Allah S.W.T yang membolehkan datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.

DIMANAKAH KITA??? ADAKAH KITA SALAH SEORANG YANG DINYATAKAN?? TEPUKK DADA TANYALAH IMAN,......